Tuesday, October 2, 2012

Ekspedisi Gua Tempurung kali Kedua

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni baru sempat nak update aktiviti yang aku join weekend lepas..ok ni kali kedua aku create entry pasal Gua Tempurung..nampak tak desperate nya aku ke Gua Tempurung..?Hahahahaha..Tapi kedua-dua entry ni banyak perbezaannya..Dan yang pasti lagi best..Best tak terkata la..memang berbaloi..

Actually tak expect pun akan ke Gua Tempurung lagi sem ni..sebab mula2 plan untuk projek ni nak ke Sungai Sedim..tapi planning tukar last minit ke Gua Tempurung..Hoyeahh..Ok..apa yang bezanya trip kali ni dengan trip yang lepas eh..?Trip yang lepas aku pergi masa aku sem 3..time tu dijanjikan  masuk yang grand tour punya bayar pun dah settle dah..tapi Gua Tempurung tak buat trip untuk Hari Jumaat..Kedah pulak cuti Jumaat je..Sabtu ada Ko-k..Ahad pulak dah start kelas..so MT confirmkan dengan pihak sana nak masuk jugak Hari Jumaat..diorang kata boleh tapi dengan 1 syarat kena sampai ke Gua Tempurung sebelum jam 9 pagi..so masa sem 3 tu kitaorang pergi sampai sana pun dah dekat jam 12 tengah hari..memang tak boleh la nak masuk untuk yang grand tour punya..so pihak sana bagi masuk jugak..tapi just naik tangga dan berjalan macam biasa je..Trip lepas tu dijadikan sebagai pengajaran..

Nak dijadikan cerita..untuk sampai sana sebelum jam 9 pagi..kami bertolak dari kedah jam 5.30pagi..suppose nak gerak jam 5 pagi tapi disebabkan ada beberapa orang yang terlambat..so kami bertolak lambat sikit..berhenti solat Subuh kat R&R..lepas tu straight terus ke Gua Tempurung..Dalam perjalanan ke Gua Tempurung tu hujan lebat..so aku pun mula2 dah tawakal je sebab pihak Gua Tempurung ada inform kalau hujan tak boleh masuk sebab air naik dalam gua tu..

Tapi Alhamdulillah syukur sangat sebab kami sampai jam 9.10 pagi walaupun lambat 10 minit..dan hujan serta merta berhenti..Thanks so much Allah..kalaulah kali ni tak dapat masuk yang grand tour jugak memang aku kecewa sangat..

Grand tour ni memang betul2 grand sebab dapat naik sampai ke tahap 4 punya laluan..penat tapi best..perkara yang kami perlu lakukan adalah seperti merangkak dalam air, kena turun gelongsor yang curam, masuk dalam lubang dan macam2 lagi lah..

Jom tengok gambar..













Yang kat atas ni semuanya aktiviti indoor..yang bestnya Gua Tempurung ni diorang bagi pakej aktiviti outdoor sekali..jom tengok gambar outdoor pulak..

















Ok done untuk entry ni..sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Gua Tempurung kenalah cepat2 terjah..memang best sangat aktivitinya..terutama kepasa sesiapa yang sukakan aktiviti lasak..

2 comments:

Anonymous said...

I have read sо mаny аrticlеs
or геѵіeωѕ геgarding the blοggеr loverѕ
but this article is actually a pleаsаnt ρieсe of wгіtіng,
keep it up.

Heгe іs my websitе; peugeot

Anonymous said...

Kalau orang yang berbadan besar, muat tak nak lalu apa semua? Penat tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



A